Betul ke Zarina Anjoulie memiliki dadah?

January 5, 2013 by PetuaTerbaik · Leave a Comment
Filed under: Artis 

Aktres drama bersiri “Anak Pontianak”, Zarina Anjoulie Mohd Fahizul dan seorang rakan lelaki, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi yang didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Rabu semalam.

Dipetik daripada mStar, mereka berdua yang berusia 27 tahun dan merupakan pelajar kolej swasta telah ditahan polis kerana memiliki dua biji pil iaitu dadah yang disyaki Erimin 5 dengan anggaran berat 0.6 gram dan didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah beralamat C-3-10, Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, Petaling Jaya pada jam 5.30 petang, 30 Disember lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta yang sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Majistret Nazri Omran telah menetapkan 8 Februari depan untuk sebutan kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar diikat jamin RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Seorang rakan wanita Zarina hadir untuk menjaminnya dan mengaku dia adalah pemilik rumah di Damansara Damai, tetapi mahkamah tidak membenarkan dengan memberi alasan mereka tiada pertalian keluarga.

Walaubagaimanapun sehingga jam 4 petang semalam, tiada ahli keluarga artis ini tampil menjaminnya dan dia akhirnya dibawa ke Kompleks Penjara Kajang.

Mohamad Fakhruzaim pula dijamin oleh abangnya dan dibenarkan pulang.

Sebelum ini Zarina pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar bogel yang menyerupainya tersebar, tampil dengan gaya seksi di muka depan majalah FHM di Indonesia, bergaduh dengan selebriti lain seperti Aliff Aziz dan Lufya serta digosipkan telah berkahwin.

Malah pada Februari 2010, Zarina pernah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) selepas disyaki mengambil dadah jenis ketamin, tetapi enggan menjalani ujian saringan air kencing lalu dibawa ke Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk soal siasat.

sumber : yahoo

Incoming search terms:

  • Source: www13604.aboutcollegeessay.com/ (6)
  • latest information about zarina ann Julie (4)
  • why installous 5 will terminate not working on ipad 2 5 1 1 (4)
  • gambar bogel Zarina ann julie betul ke (4)
  • yhsm-imp1 (2)
  • rabbi asir wala tuasir (2)
  • mirip zarina anjoulie (2)
  • masalah installous (2)
  • majalah armanees blogspot (2)
  • artis dituduh memiliki dadah (2)
  • gambar bogel hospital sultan ismail (2)
  • cerita bilik xray (2)
  • cerita artis terjebak dgan dadah (2)
  • betul ke zarina dadah (2)
  • artis yang yang terjebak dengan dadah (2)
  • artis wanita malaysia terjebak dadah (2)
  • zarina anjoulie berbogel (2)

Zarina Anjoulie kembar mirip iras Lufya ?

January 5, 2013 by PetuaTerbaik · Leave a Comment
Filed under: Artis 

Ramai yang ingin mengetahui bagaimana Zarina Anjoulie mirip atau iras dengan muka Lufya. Selebriti tanah air yang mirip atau iras atau kembar dengan artis kontroversi Zarina Anjoulie, Lufya. Jadi Bagaimana muka
mereka ini boleh jadi kembar atau iras atau mirip ? Sebenarnya ia adalah ciptaan Tuhan… maka inilah
untuk menunjukkan kekuasaan Allah untuk mencipta tiap-tiap makhluk ciptaanNya.

Tidak lama selepas Lufya menyuarakan rasa kecewa apabila disalah anggap dirinya sebagai Zarina sehinggakan pernah disapa mengapa dirinya berbogel di internet dan pernah diraba oleh seseorang yang menganggapnya Zarina, Zarina tampil melancarkan ‘perang’ sebagai respon terhadap petikan sebegitu rupa oleh Lufya.

Antara penyataan tidak puas hati Zarina melalui laman sosial Twitter’nya ialah “U keep nagging2 on papers n blogs bout me dah 5 years I just kept silent when I too kena bahan ngan org pasal muka cam awk. This is WAR.”

Kontroversi antara mereka berdua tercetus apabila Lufya mengeluarkan kenyataan atau penyataan kepada sebuah blog hiburan tempatan dengan mengatakan peminat sering tersalah anggap bahawa dia adalah Zarina Anjoulie. Kenyataan tersebut menyebabkan Zarina berang dan terus melancarkan “perang” terhadap Lufya.

“Peperangan” itu berlanjutan sehingga kemuka depan akhbar-akhbar tempatan dan Lufya kali ini mengambil langkah ingin berdamai dengan Zarina Anjoulie.

“Sebelum ini, terlalu banyak perkara yang berlaku antara saya dan dia. Saya agak malu dengan kejadian itu semua namun tidak pernah membalasnya sebab tak nak besarkan isu. Apa-apapun, saya ambil perkara ini sebagai benda positif, dan bagi tujuan berdamai, saya tujukan lagu ‘Doaku’ untuknya.” – Lufya dipetik dari mStar Online.

Incoming search terms:

  • rabbi yassir wala tuassir dalam jawi (62)
  • doa permudahkan urusan rabbi yassir (58)
  • rabbi yassir wala tu\assir dalam jawi (54)
  • Allahumma yassir wala tu\assir arabic (54)
  • doa memudahkan urusan rabbi yassir (38)
  • ayat rabbi yassir wa tuassir (28)
  • doa dipermudahkan urusan rabbi yassir (24)
  • ayat allahumma yassir (18)
  • ayat rabbi yassir (12)
  • doa mudah urusan rabbi yassir (12)
  • surah rabbi yassir (10)
  • rabbi yassir wala tu\assir jawi (10)
  • allahumma yassir wala tu\assir in arabic (10)
  • allahumma yasser wala tu\asir in arabic (10)
  • Allahumma yassir wala tuassir in arabic (8)
  • surah rabbi yassir wala tu\assir (8)
  • allahumma yasser wala tuasir in arabic (8)
  • ayat rabbi yassir wa tu\assir (8)
  • kembar lufya (8)
  • allahumma yassir wala tuassir arabic (8)

Images hosting provided by ImageShack Via ImageShack Migration plugin

Desclaimer : This website and the Materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. Petua Terbaik or PetuaTerbaik.kaer-media.org shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website. We are also not hosting the material, the material we get are only link from other site. Penafian : Petua Terbaik tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kami juga tidak membekalkan bahan di server kami, bahan yang kami dapat adalah pautan dari web yang lain.
This site is protected by WP-CopyRightPro