Pengalaman tukar telco dari Digi ke Umobile (MNP) (Mobile Number Portability)

October 10, 2011 by PetuaTerbaik
Filed under: Isu Semasa, Troubleshooting 

Hari ini kami ingin berkongsi mengenai penukaran perkhidmatan talian mudah alih DIGI ke Umobile dengan MENGEKALKAN NOMBOR TELEFON KAMI YANG SEDIA ADA itulah yang disebut sebagai MNP… kerana baru-baru ini pihak UMOBILE menawarkan pakej internet prepaid yang murah dan mampu milik untuk semua. Cuma RM 28 sahaja untuk 3o hari, anda sudah mampu memiliki perkhidmatan internet setiap bulan !! 100 minit panggilan percuma sebulan kesemua operator dan 30 free sms !!

Jadi ini adalah pengalaman kami,

1. Situasi kami ialah kami menggunakan DIGI postpaid iaitu line.

2. 8 Oktober 2011 SABTU 10.40 am
Kami pergi ke DIGI untuk menyelesaikan semua bil-bil tertunggak kami pada hari tersebut. Kami tidak potong ye line tersebut…Kami just bayar kesemua hutang kami…

3. SABTU 10.50 am

Kami pergi ke Umobile untuk  register dengan mengekalkan nombor kami iaitu 016.

4.SABTU  8.10 pm

Kami dapat sms dari pihak Umobile “Thank you for your request to switch to U Mobile.  Awaiting for your current service provider to confirm & to update you once your request is processed.”

5. AHAD 12.55 PM

Kami dapat SMS dari pihak Umobile “Thank you for choosing U Mobile. Your porting request has been accepted. Your new SIM will be fully activated within an hour. Call 018-3881318 for further info.”

6. AHAD 1.13 PM
Kami dapat SMS dari pihak DIGI pula “Your request to port out is currently in process by your new service provider. For further assistance, please call your new service provider.”

7. AHAD 1.55 PM
Selepas 1 jam menunggu, kami menukar simcard DIGI kepada UMOBILE, ini ialah keputusannya.

- Kami boleh buat call. Nombor panggilan memang nombor kami.
– Orang lain tidak boleh call kami. Apabila kami uji dengan telefon kawan kami. Kami dengar “Your call cannot be reached at the moment”. (kami dapat SMS dari Voicemail mengatakan ada beberapa Missed call dari simcard DIGI lama kami)
– Kami tidak boleh surf internet.
– Orang lain hantar  sms kepada kami, tetapi tidak sampai. (Ia sampai ke simcard DIGI lama kami)
– Kami tidak boleh hantar sms kepada orang lain.

8. AHAD 2.00 PM
Kami cuba call UMOBILE customer service, tetapi agak susah untuk dihubungi. next day we call back.

9. ISNIN 11.30 am
Kami cuba call UMOBILE, Alhamdulillah dapat. Kami bertanyakan tentang adakah talian kami sudah diaktifkan atau belum. Pihak UMOBILE kata sudah aktif. Pihak UMOBILE tertinggal setting utk aktifkan fungsi internet ini kerana katanya melalui proses MNP ia perlu setting semula.
Kami try internet…. dah ok….. Fuhhh…. Patutlah internet tidak boleh masuk…… tertinggal setting rupenyerrr…

10. ISNIN 11.30 am
pada ketika ini, orang lain masih tidak boleh call kita, sms belum berfungsi,  tetapi kita boleh call orang. internet pun dah berfungsi….

11. ISNIN 2.00 pm
Call semula beritahu pihak UMOBILE internet dah ok, tetapi call masuk dan sms tidak berfungsi lagi. UMOBILE suruh tunggu di talian, agak lama juga. Akhirnya setelah 15 minit berlalu. Pihak UMOBILE mengatakan ia sudah reset semula setting. Kami bertanya apakah masalahnya, Pihak UMOBILE mengatakan pihak DIGI belum membuat penerimaan keluar (Port Out).. I’m not sure sama ada UMOBILE atau pihak DIGI yang tak buat lagi….. after that,
SEMUA FUNGSI DAH BOLEH… call in, call out, sms keluar, sms masuk, internet yahoooo cuma RM 28 internet sebulan !

12. ISNIN 2.15 pm
kami dapat SMS dari pihak DIGI pula “Your request to port out was successful. We thank you for being our customer and hope that we can serve you again in the near future.” Hmmm… baru dapat sms dari pihak DIGI…. jadi sape yg buat lambat sebenarnya ???????

Incoming search terms:

  • tukar celcom ke u mobile (70)
  • switch digi to umobile (66)
  • switch to umobile (60)
  • u mobile internet setting (56)
  • cara tukar digi ke u mobile (54)
  • u mobile ok ke (54)
  • umobile mnp (44)
  • change digi to umobile (40)
  • tukar digi ke u mobile (40)
  • switch to u mobile (40)
  • MNP UMOBILE (39)
  • u mobile mnp (38)
  • how to switch to umobile (36)
  • mnp to u mobile (32)
  • digi switch to umobile (32)
  • cara tukar telco (32)
  • umobile kuantan (30)
  • tukar digi ke umobile (28)
  • kekalkan nombor lama ke umobile (28)
  • how to switch digi to umobile (26)

Comments

4 Comments on Pengalaman tukar telco dari Digi ke Umobile (MNP) (Mobile Number Portability)

  1. karipapsayur on Wed, 23rd May 2012 3:11 pm
  2. sebegini teruk complicated nyer? Erm. baru beli prepaid dlu utk try ok x U Mobile sekitar Kuantan. Kalau in a month ok baru nak tukar Digi postpaid to U mobile

  3. PetuaTerbaik on Thu, 31st May 2012 4:09 am
  4. aha agak leceh jugak time tu… tapi tak tahulah sekarang kalau kite kekalkan nombor kite ke umobile….

  5. hussain on Mon, 17th Sep 2012 11:19 pm
  6. Bro umobile internet RM28 sebulan tu quota dia cuma 500mb, kalau habis pakai quota speed akan trotted saya pun excited dulu dengar ternet dia murah dah try speed dia puas hati tapi quota limited.

  7. Rozani on Sat, 20th Oct 2012 5:41 pm
  8. Wah. terima kasih untuk pengalaman yang diceritakan. agak rumit kalau guna plan yang tidak direkomen macam U28 semasa bertukar telco postpaid.
    Saya sedang guna Digi Postpaid DG50 , rancang nak tukar ke Umobile Postpaid U68.
    Kalau nak bertukar telco postpaid mestilah at least commitment 6 bulan, baru boleh buat.

Tell me what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!





*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word

 

You might also like :

RHB OTP or sms problem not received umobile I heard someone...
Petua cara mengeluarkan KWSP akaun 2 suami dan isteri untuk membeli rumah Assalamualaikum...
TOPUP CELCOM, HOTLINK, DIGI THROUGH SMS Celcom Prepaid...

Images hosting provided by ImageShack Via ImageShack Migration plugin

Desclaimer : This website and the Materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. Petua Terbaik or PetuaTerbaik.kaer-media.org shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website. We are also not hosting the material, the material we get are only link from other site. Penafian : Petua Terbaik tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kami juga tidak membekalkan bahan di server kami, bahan yang kami dapat adalah pautan dari web yang lain.
This site is protected by WP-CopyRightPro