Petua Turun-temurun – Mencantikkan Kulit

October 15, 2010 by PetuaTerbaik
Filed under: Petua 

Manakala khasiat pinang muda pula tidak ramai yang mengetahuinya, tetapi pada seorang pengamal petua kecantikan tradisional, Puan Hamadah Datuk Ghazali, 53 tahun, ia sudah menjadi amalan keluarganya menggunakan pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda. Selain itu, beliau juga mengamalkan ‘bersabun’ belimbing besi dan asam jawa. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa lalu dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal. Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur dan digosok seminggu sekali pada badan. Ia dikatakan berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati. Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa.

Selain itu, wanita juga dinasihati menjalani rawatan kecantikan merangkumi lulur, manggir, bleaching (mencerahkan kulit) dan mandi pupur. Lulur dikatakan dapat mengurangkan parut muka, menguning dan melicinkan kulit. Bahan lulur mengandungi kunyit, beras yang dijadikan tepung dan daun pandan serta temu giring. Manggir pula dipercayai dapat membantu memutihkan kulit, menegang dan memejalkan kulit badan. Ianya boleh dijadikan penyental dan pupur, diperbuat daripada beras pulut ditumbuk halus dan ramuan dedaunan khusus manggir. Ia elok dilakukan seminggu sekali.

Bleaching yang mengandungi kayu cendana dan lavendar pula dikatakan dapat memutih dan mencerahkan kulit dengan lebih pantas. Manakala mandi pupur pula boleh menjadikan kulit gebu, halus, lembut dan sentiasa lembap. Ramuannya ialah kacang soya yang dikisar halus, dadih, serbuk badam dan madu. Semua bahan ini disatukan dan digosok ke seluruh badan hingga kering. Ia dikatakan cara yang paling berkesan.

Selain itu, cara yang agak jarang digunakan ialah mandi Cleopatra. Ianya menggunakan pupur daripada lumpur yang bercampur madu, telor, minyak zaitun, minyak bunga matahari dan bahan lain. Caranya, bahan berkenaan disapu seluruh badan, dibiarkan kering dan kemudian dibersihkan dengan air sambil digosok rata. Mandian ini dipercayai membantu menegang, memejal, menghalus dan memberikan khasiat pada kulit. Hasilnya, kulit terasa lembut dan lambat berkedut.

Disamping itu, hampas kelapa dikatakan berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit. Selain itu, kacang soya yang dijadikan serbuk sesuai dijadikan penyental pada kulit muka dan badan. Dicampur air mawar atau air biasa, ia melembut, memutih dan menggebukan kulit, sesuai kepada semua jenis kulit. Manakal taufu daripada kacang soya juga boleh beri kesan yang sama dan boleh digunakan terus pada badan atau wajah.

Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut disamping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan. Selain itu, air kelapa, adpokat dan lobak merah dikatakan juga amat berkesan dalam menjadikan kulit gebu putih dan halus. Selain itu, daun inai juga boleh memerah dan menghaluskan kulit muka dan menghilangkan jerawat dan bekas parut pada muka. Caranya mudah, tumbuk halus dan sental pada kulit muka. Begitu juga dengan kulit pisang, sengkuang dan kentang yang dikatakan dapat menghilangkan parut di muka. Selain itu, untuk menambah vitamin, menghalus serta menyegarkan kulit, minum perahan epal, tomato, oren dan buah-buahan lain setiap hari. Khasiatnya sama jika dimakan setiap hari dan tidak memudaratkan jika makan berlebihan

Incoming search terms:

  • doa mencantikkan wajah (1014)
  • petua mencantikkan kulit (398)
  • petua mencantikkan kulit badan (394)
  • petua mencantikkan kaki (382)
  • doa untuk mencantikkan wajah (302)
  • cara mencantikkan kulit badan (286)
  • cara mencantikkan wajah (286)
  • cara mencantikkan kulit (282)
  • cara mencantikkan kaki (280)
  • mencantikkan kaki (210)
  • cara mencantikkan muka (206)
  • mencantikkan kulit (174)
  • MENCANTIKKAN KULIT BADAN (171)
  • cara mencantikkan badan (158)
  • petua melicinkan kulit badan (156)
  • cara melicinkan kulit badan (146)
  • doa mencantikkan kulit (140)
  • cara melicinkan kulit kaki (132)
  • doa mencantikkan muka (130)
  • petua melicinkan kulit kaki (124)

Comments

Tell me what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!





*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture. Click on the picture to hear an audio file of the word.
Click to hear an audio file of the anti-spam word

 

You might also like :

Petua Turun-temurun – Mengekalkan Kedaraan selepas Bersalin Petua orang...
Petua Turun-temurun – Kempiskan Perut Memiliki perut...
Petua Turun-temurun – Rambut Cantik dan Sihat Rambut sememangnya...

Images hosting provided by ImageShack Via ImageShack Migration plugin

Desclaimer : This website and the Materials are provided "as is" and "as available", without warranty of any kind, implied, express or statutory. Petua Terbaik or PetuaTerbaik.kaer-media.org shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website. We are also not hosting the material, the material we get are only link from other site. Penafian : Petua Terbaik tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Kami juga tidak membekalkan bahan di server kami, bahan yang kami dapat adalah pautan dari web yang lain.
This site is protected by WP-CopyRightPro