Pendaftaran Kelahiran anak di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)
Salam, hari ni kami ingin berkongsi bagi kaum bapa untuk daftar nama anak atau bayinya di JPN apa yang perlu di bawa ye di JPN ?
1) Siji
l Nikah dan salinan (walaupun anak kedua dan seterusnya).
2) Borang JPN.LM01 yang dapat dari Hospital. Kalau dah habis tu terpaksa la pergi JPN utk amik borang yek. Kena isi borang ni (dalam borang ni terdapat nama anak yang hendak kita daftarkan).
3) Buku Kesihatan Isteri / REKOD KESIHATAN IBU (ni yang buku merah tu) dan salinan muka depan beserta muka surat 28 – BAHAGIAN D: KEMASUKAN KE HOSPITAL & muka surat 29 – BAHAGIAN E: PERIHAL KELAHIRAN BAYI
4) Kad pengenalan suami dan juga isteri dan salinan
5) Surat Pengesahan Hospital (Borang Pengesahan Kelahiran Kementerian Kesihatan Malaysia).
maksudnya u all ada 6 salinan yang u all kena pegang…
1) Salinan sijil nikah
2) Buku kesihatan Isteri muka depan 3) muka surat 28 – BAHAGIAN D: KEMASUKAN KE HOSPITAL 4) muka surat 29 – BAHAGIAN E: PERIHAL KELAHIRAN BAYI
5) kad pengenalan suami
6) kad pengenalan isteri
dan 6 barang original yang perlu di bawa.
1) Sijil nikah
2) borang JPN.LM01
3) buku kesihatan isteri
4) kad pengenalan suami
5) kad pengenalan isteri
6) Surat Pengesahan Hospital (Borang Pengesahan Kelahiran Kementerian Kesihatan Malaysia).
Masukkan dalam satu envelop semua barang2 tu ikut susunan nanti senang bila u all bawa ke sana..
Apabila sampai ke sana, ini adalah jangka masa yang kami dapati apabila berada di dalam JPN Johor Bahru, Wisma Persekutuan.
| 9.15 am | Kami sampai dan ambil nombor tiket menunggu. |
| 9.30 am | Nombor kami telah dipanggil utk menyerahkan benda-benda yang kami cadangkan bawa seperti yang di atas tu ada (6 original dan 6 salinan). |
| 9.40 am | Petugas Kaunter suruh kami duduk semula untuk menunggu sijil kelahiran yang telah siap. |
| 10.00 am | Sijil kelahiran anak kami telah siap anda). |
So, apa pendapat u all? senang dan cepat tak proses kat JPN ni?
Incoming search terms:
- daftar kelahiran anak (325)
- daftar kelahiran bayi (313)
- pendaftaran bayi baru lahir (220)
- pendaftaran kelahiran (196)
- pendaftaran kelahiran anak (192)
- daftar kelahiran (182)
- jabatan pendaftaran negara johor (165)
- pendaftaran kelahiran bayi (162)
- pendaftaran nama bayi (148)
- cara daftar kelahiran anak (120)
- pendaftaran anak baru lahir (116)
- daftar nama bayi (96)
- pendaftaran bayi (88)
- daftar nama anak (72)
- jabatan pendaftaran negara (70)
- cara mendaftar kelahiran anak (64)
- pendaftaran nama anak (59)
- pendaftaran sijil kelahiran (48)
- sijil kelahiran anak (46)
- mendaftar kelahiran (44)
Comments
5 Comments on Pendaftaran Kelahiran anak di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)
-
rizki on
Fri, 25th Mar 2011 8:25 am
-
awliya on
Fri, 22nd Jul 2011 2:13 am
-
Siow on
Sat, 8th Oct 2011 1:15 pm
-
PetuaTerbaik on
Sun, 9th Oct 2011 7:41 am
-
Ahmad Ijat on
Thu, 8th Dec 2011 7:02 pm
time kasih ye kerana kongsi..senang keje kami
bgs la… terima kasih
Pertanyaan saya, Jika seorang ibu yang belum kahwin telah melahirkan anak. Bolehkah ibu ini berjaya mengeluarkan sijil kelahiran anaknya tanpa informasi bapa anak? Jika boleh apa dokumen yang perlu disediakan oleh ibu anak?
Salam sejahtera, utk menjawab pertanyaan cik/puan, ibu tersebut boleh mendapatkan sijil kelahiran anaknya tanpa informasi bapa anak. Untuk keterangan yang lebih tepat cik/puan boleh merujuk di laman http://www.jpn.gov.my/soalanlazim/kelahiran
dan pertanyaan secara lansung ke http://www.jpn.gov.my/alamatCawanganNegeri
Terima kasih sudi berkongsi. Saya pun nak pegi daftar nama anak saya jgk ni.
Tell me what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!
You might also like :
| Proses Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. Assalamualaikum... | Petua Turun-temurun – Kebaikan tali Pusat Anak Hari ini... | Petua cara mengeluarkan KWSP akaun 2 suami dan isteri untuk membeli rumah Assalamualaikum... |




